RANAH MINANG

Mounting created Bloggif Mounting created Bloggif

Rabu, 28 Desember 2011

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

((¯`♥´¯)) PERIINGATAN BUAT HAWA
.`*.¸.*´✿¸.•*¨`*•..¸ƸӜƷ✿¸.
•*

✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*
... Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya? kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya ? dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,
Sedarlah..Tangan yang mengayun buaian.. bisa jadi akan menggoncang dunia, Sedarlah hawa.. kau akan menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat!! yakni yang Soleh dan Solehah, kau akan mengejutkan seisi dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa..
jangan sesekali kau mencoba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan liukan tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentakkan kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali mencoba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.. kerana dikhwuatirkan ia mengundang kemurkaan dan kebencian ALLAH. BAHANA!

Ia bisa memberi kegembiraan pada syaitan.. karena wanita ialah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan kaum Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja.. jadilah anak yang Solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu.. didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.

Hawa,
Andai engkau belum menikah, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji TUHAN kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan harga dirimu.. hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya.. tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau yang memulai pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim karena dikhwatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya... Lelaki yang Soleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya karena dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Warak juga tak mau bermain cinta sebabnya dia tahu apa akibat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh karena itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu...

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta beradik kakak serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah ALLAH.. dikala susah dan senang karena kau akan mendapatkan cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu.. kerana kau akan meraih keredhaan ALLAH. Cintailah keluargamu.. karena tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Pesan terakhir, biarlah tangan yang mengayun buaian ini dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI. Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

Pesan Seorang Ibu Terhadap Anak Gadisnya.....

Salam ya Salam... Salamun 'Alaika ya HAbibina YA Muhammad... Shallu 'Alaika...
✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*✰˚ ˛★*

Tidak ada komentar: