RANAH MINANG

Mounting created Bloggif Mounting created Bloggif

Minggu, 29 April 2012

PEMIKIRAN DAN PERJUANGAN DAKWAH HAMKA DAN KESANYA TERHADAP ISLAM DI KAWASAN SERANTAU

PEMIKIRAN DAN PERJUANGAN DAKWAH HAMKA
DAN KESANYA TERHADAP ISLAM
DI KAWASAN SERANTAU
Oleh
Drs. H. Abdullah, M.S
Pensyarah Fakulti Dakwah Institut Agama Islam Sumatera Utara Medan,
Rektor Universiti Tjut Nyak Dhien Medan
dan Pelajar Ph.D pada Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia (USM).

Pendahuluan
Kertas kerja ini akan membincangkan pemikiran dan perjuangan dakwah Hamka. Pemikiran Hamka
merangkumi tujuh persoalanan penting dalam dakwah iaitu hukum berdakwah, pendakwah (da‘i), topik dakwah
(maddah al-da‘wah), sasaran dakwah (mad‘u), kaedah dakwah ((tariqat al-da‘wah), matlamat dakwah (maqāsid
al-da‘wah) dan organisasi dakwah (muassasah al-da‘wah). Perjuangan dakwah Hamka merangkumi tiga
perkara, iaitu koreksi terhadap adat Minangkabau, dakwah melalui media massa, dan melalui Majlis Ulama
Indonesia (MUI). Bahagian akhir perbincangan adalah kesan terhadap Kawasan serantau.
Mengenal HAMKA
HAMKA merupakan nama singkat dari nama penuh Haji Abdul Malik Karim Amrullah, bergelar Datok
Idomo. Beliau lahir di desa Tanah Sirah, Kabupaten Maninjau Sumatera Barat, Indonesia. Tarikh kelahirannya
14 Muharram 1326 H / 17 Februari 1908 M, dan meninggal dunia pada 22 Ramadhan 1401 H / 23 Julai 1981 di
Jakarta dalam usia 73 tahun 5 bulan. Hamka lahir dari keluarga taat beragama, iaitu dari pasangan suami isteri
Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah1 dan Siti Safiyah.2 Ayah Hamka merupakan ulama tersohor yang berfikir maju
dan juga seorang pembaharu di Minangkabau. Hamka tidak pernah menempuh pendidikan formal, kecuali
sekolah rendah dan sekolah Diniyah untuk belajar setelah petang. Hamka bersekolah rendah hingga setakat
derjah dua sahaja. Sementara salah satu kegemaran beliau adalah mengunjungi perguruan pencak silat,
mendengar senandung dan kisah-kisah rakyat yang dinyanyikan dengan alat musik tradisional.3 Mengunjungi
perpustakaan merupakan aktiviti Hamka setiap hari. Beliau semasa lagi kanak-kanak sudah rajin membaca,
terutama karya-karya sastera, sama ada yang berbahasa Melayu mahupun berbahasa Arab. Oleh itu, beliau
1 Dikenal dengan sebutan Haji Rasul, lahir pada tarikh 10 Februari 1879 M / 17 Safar 1296 H di Maninjau Sumatera Barat. Pada
mulanya ia mendalami ilmu agama Islam di Pariaman, kemudian pada tahun 1894 melanjutkan pelajaran ke Makkah selama tujuh
tahun. Kembali dari Makkah ia mengajar di Sungai Batang Maninjau, kemudian beliau kembali lagi ke Makkah. Akan tetapi disebabkan
beliau tidak mendapat izin untuk mengajar di Masjid al-Haram, akhirnya pada tahun 1906 M ia kembali ke Indonesia. Lihat, Harun
Nasution. (1992). Ensiklopedi Islam Indonesia. Jakarta: Jambatan. m.s.16.
2 Setakat ini tidak ditemui rujukan yang menjelaskan mengenai riwayat hidup ibunda Hamka. Hamka sendiri hanya menyebutkan
bahawa kakeknya bernama Gelanggang, gelar Bangindo Nan Batuah. Pada masa muda, ibunya tersohor sebagai guru tari, nyanyian
dan pencak silat. Hamka di masa kecil sering mendengar pantun-pantun didendangkan ibunya. Lihat, Nasir Tamara. Hamka di Mata
Hati Ummat. m.s.51.
3 Lihat, Rusydi, Hamka: Kepribadiaan, Sejarah dan Perjuangannya. m.s 2.
2
memperolehi berbagai ilmu pengetahuan melalui belajar sendiri. Melalui bacaan yang luas dan intensif,
pengamatan yang tajam, beliau menyerap berbagai pemikiran yang kemudian membentuk keperibadiaan dan
mematangkan pengalamannya.
Pemikiran Hamka secara am meliputi empat hal, iaitu agama, sastera, politik, dan falsafah atau
kebudayaan. Dalam bidang agama pemikiran dan kemampuan Hamka sangat menonjol dalam bidang ilmu
tafsir, tasauf, dakwah dan sejarah Islam. Dalam bidang agama secara tidak langsung Hamka dipengaruhi oleh
pemikiran keagamaan Muhammad Abduh (1849-1905 M) dan Ibn Taymiyyah (661-728 H), khasnya dalam hal
ehwal prinsip-prinsip dasar keyakinan beragama. Sedangkan dalam bidang tasawuf, beliau banyak dipengaruhi
oleh Abu Hamid al-Gahazali4 (1058-1111 M). Adapun dalam bidang sastera, Hamka dipengaruhi oleh pemikiran
Mustafā Lutfi al-Manfaluti (1876-1924).
Kedalaman pengetahuannya dalam bidang agama Islam menurut Abdurrahman Wahid dapat dilihat dari
dua hal. Pertama, dari karya monumentalnya iaitu “Tafsir Al-Azhar”. Tentang tafsir “Al-Azhar”, Komaruddin
Hidayat mengatakan bahawa sampai saat ini belum ada tafsir karya ulama Indonesia yang populariti dan
pengaruhnya melebihi “Tafsir Al-Azhar”. Karya ini sebahagiannya ditulis di penjara ketika beliau ditahan oleh
pemerintah Orde Lama dengan tuduhan subversif. Kedua, Hamka telah berhasil mendudukkan tasauf pada
tempat yang sebenarnya. Tasauf menurutnya pernah menjadi perbincangan yang serius di kalangan
pembaharu, kerana praktik-praktik kaum tarekat yang salah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Masih
menurut Abdurrahman Wahid, bahawa Hamka melalui buku Tasauf Moden telah mampu mengembalikan
kedudukan tasauf sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan memisahkannya dari dari praktikpraktik
yang salah.5 Selanjutnya menurut A. Mukti Ali (1923-2004 M),6 Hamka adalah seorang ulama Islam
yang berjiwa pejuang. Dalam dirinya bersepadu beberapa kepakaran, iaitu: pujangga (sasterawan), wartawan
dan pengarang, serta dalam tiap-tiap bidang tersebut telah pula ia berjaya. Satu hal yang menjadi perhatian
Mukti Ali peranan Hamka dalam bidang tasawuf sangat mengesankan.
4. Pemikiran Dakwah Hamka
(a). Hubung Kait Islam dan Dakwah.
Islam merupakan satu sistem yang menyeluruh dan lengkap merangkumi semua aspek kehidupan
manusia. Di dalamnya mengandungi sejumlah peraturan yang diturunkan oleh Allah s.w.t. ke atas Rasul-Nya
Muhammad s.a.w. berkaitan dengan akidah, akhlak, ibadah, muamalat dan segala perkhabaran yang
terkandung dalam al-Quran dan Sunnah yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya baginda sampaikan kepada
umat manusia.
4 Lihat, Nurcholish Madjid (1998). Dialog Keterbukaan. Jakarta: Paramadina. m.s.319-320.
5 Lihat, Nasir Tamara, (1984) Hamka di Mata Hati Umat, Jakarta: Sinar Harapan m.s.30-31.
6 Lahir di Cepu tarikh 23 Agustus 1923, pada masa orde baru menjadi Menteri Agama dengan masa berkhidmat 1971-1978.

Pada pandangan Hamka Islam bererti penyerahan diri secara sungguh-sungguh kepada Allah s.w.t.7
Kemudian, beliau mengatakan bahawa dakwah merupakan soalan penting dalam Islam kerana berfungsi untuk
mengawal tegaknya al amr bi al-ma‘ruf wa an nahy an al-munkar. Selain itu, aktiviti dakwah dapat
menggerakkan semangat beragama masyarakat Islam. Agama Islam akan menjadi hidup di tengah-tengah umat
ketika Islam dapat dipahamkan dengan baik oleh masyarakatnya. Pemahaman terhadap agama Islam sebagai
kebenaran yang datangnya dari Allah s.w.t. antara lain melalui aktiviti dakwah. Selanjutnya menurut beliau
kehidupan Muslim akan bermakna dalam pandangan Allah s.w.t. apabila diisi dengan aktiviti dakwah.
Hamka menyebutkan bahawa dakwah harus menjadi gerakan yang hidup dalam masyarakat Muslim.
Aktiviti tersebut harus berlangsung sepanjang masa iaitu sepanjang manusia masih hidup di bumi ini. Beliau juga
mengatakan bahawa dakwah harus berlangsung dalam suasana apapun, walau berbagai halangan dan
kesulitan yang sedang dihadapi oleh umat Islam, dakwah wajib berjalan.8 Beliau berhujjah dengan berasaskan
kepada firman Allah s.w.t: (maksudnya)
Ertinya: Dan tidaklah (betul dan elok) orang

Ertinya: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya
(pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak
di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara
mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar
kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka;
mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
(Al-Quran, al-Tawbah [9]: 122)
Menurut beliau firman Allah s.w.t. di atas merupakan pembahagian tugas di kalangan orang-orang
beriman iaitu tugas berjihad. Sebahagian umat Islam diharuskan berjihad di medan perang dan sebahagian
lainnya berjihad dengan menuntut ilmu untuk berdakwah.9 Al-Quran telah mempertegas bahawa dalam keadaan
perang sekalipun perlu ada kelompok yang belajar agama secara sungguh-sungguh. Kemudian mereka
diberikan tugas untuk berdakwah, iaitu mendakwahkan kelompok askar ketika mereka kembali dari
peperangan. Ini hanya satu contoh yang baik sekali dikemukakan oleh al-Quran. Dalil inilah menurut Hamka
bahawa pendakwah itu adalah orang-orang yang harus profesional.10
Beliau menggunakan dua istilah yang berhubung kait dengan usaha menyampai, mengajak atau
menyeru manusia untuk mengenali Islam, iaitu perkataan tabligh dan dakwah. Dalam buku-buku beliau dua
istilah itu disebutkan secara bergantian. Namun beliau memberi penegasan pula bahawa istilah dakwah lebih
luas dan am maknanya daripada perkataan tabligh.11 Makna dakwah sesungguhnya adalah merangkumi
dakwah dengan lisan, tulisan dan perbuatan (bi al-hal), sedangkan tabligh terhad pada menyampai dengan lisan
sahaja.
7 Lihat, Hamka (2002). Hak Asasi Manusia Dalam Islam & Deklarasi PBB. Shah Alam: Pustaka Dini. m.s.6.
8 Lihat, Hamka (1984). Prinsip Dan Kebijaksanaan Dakwah Islam. Jakarta: Pustaka Panjimas. m.s. 30.
9 Lihat, Hamka (2005).Tafsir Al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional. Jz. 4, m.s. 3167.
10 Lihat, Hamka, Prinsip Dan Kebijaksanaan Dakwah Islam. m.s. 70.
11 Lihat, Ibid.

Ketika membahaskan hubung kait Islam dengan dakwah, Hamka mengutip al-Quran surah al-Saba'
ayat 2812 dan al-Anbiya' ayat 10713. Berdasarkan firman Allah s.w.t. tersebut beliau menjelaskan bahawa Islam
merupakan agama rahmat (rahmah li al-‘alamin) yang bersifat universal.14 Sifat keuniversalan Islam menurut
beliau, kerana Islam bukan hanya diturunkan untuk bangsa Arab sahaja, melainkan untuk umat manusia secara
keseluruhan bahkan untuk seluruh isi alam. Berdasarkan dalil tersebut, Hamka mengatakan bahawa dakwah
harus berlangsung sepanjang masa, dari zaman ke zaman dan dari satu generasi ke generasi selanjutnya.
Untuk kelangsungan itu, maka aktiviti dakwah harus selalu diperbaharui. Lebih tegas beliau mengatakan:
Kalau sudah jelas agama Islam adalah agama untuk manusia seluruhnya, tidak
membezakan bangsa atau warna kulit, suatu agama yang kekal mereka menyeru
generasi demi generasi, nescaya jelaslah bahawa Islam memerlukan ahli dakwah yang
terampil dan dakwah yang tidak boleh terhenti. Dakwah mesti berjalan terus, dan selalu
diperbaharui. Ahli dakwah pun mesti gigih dan mesti selalu memperbaik diri
menghadapi perubahan-perubahan yang ada dalam masyarakat.15
Hamka menganjurkan aktiviti dakwah harus menjadi gerakan bersama di kalangan umat Islam. Apabila
tidak demikian, maka kemungkaran akan lebih berjaya dari yang makruf. Dalam keadaan yang demikian
masyarakat tidak berani mengatakan Islam sebagai sebuah kebenaran yang datangnya dari Allah s.w.t.,
melainkan mereka berdiam diri. Berdasarkan kepada pengalaman sejarah bahawa Islam tersebar ke seluruh
penjuru dunia, yang ikut dikembangkan oleh saudagar Muslim dengan cara damai, bukan secara paksaan dan
peperangan.
(b). Hukum Berdakwah
Dalam huraian mengenai hukum dakwah, Hamka menjelaskan bahawa pada dasarnya dakwah
merupakan sifat Nubuwwah, iaitu kewajipan dakwah atas para Nabi. Salah satu sifat Nabi Muhammad tabligh,
iaitu menyampaikan ajaran agama kepada umat manusia.16 Mengenai tugas Rasul, Hamka berkata:
Berdakwah itulah usaha utama dari sekalian Rasul yang diutus Tuhan ke muka bumi
ini. Rasul-rasul pendakwah pertama dan utama. Bahkan ada beberapa Rasul Tuhan itu
yang menggabungkan antara dua alat dakwah. Pertama menegakkan hujjah dengan
lidah. Kedua-dua mempertahankan pendirian dengan kekuasaan dan kekuatan.17
Selanjutnya, beliau menjelaskan rasul-rasul yang mencapai martabat memegang kekuasaan untuk
melancarkan dakwah ialah Nabi Yusuf a.s. Nabi Musa a.s. Nabi Daud a.s. Nabi Sulaiman a.s. dan Nabi
12 Maksud firman Allah s.w.t: “Dan kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita
gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui”.
13 Maksud firman Allah s.w.t: “Dan tiada Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”.
14 Tentang wacana ini dibahaskan dengan cukup menarik oleh banyak pakar. Harun Nasution misalnya mengatakan: "Sebagai agama
universal, Islam mengandungi ajaran-ajaran dasar yang berlaku untuk semua tempat dan untuk semua masa. Ajaran-ajaran dasar
yang bersifat universal, mutlak benar, kekal, tidak berubah dan tidak boleh diubah, itu jumlahnya menurut para ulama hanya lebih
kurang 500 ayat atau lebih kurang 14 peratus daripada seluruh ayat al-Quran. Lihat Harun Nasution (1995). Islam Rasional. Bandung:
Mizan. m.s. 33. Lihat pula, Hamka, (2004). Pelajaran Agama Islam., Shah Alam: Pustaka Dini, m.s. 223.
15 Lihat, Hamka, Prinsip dan Kebijaksanaan Dakwah Islam, m.s. 47.
16 Lihat, Hamka (1984). Pelajaran Agama Islam. Jakarta: Bulan Bintang. m.s. 188-189.
17 Lihat, Hamka, Tafsir al-Azhar. Jz. 3, m.s. 236.
5
Muhammad s.a.w. Dakwah Nabi Musa a.s. dibantu oleh saudara kandungnya iaitu Nabi Harun a.s. Mereka
mampu membangunkan kekuasaan di kalangan Bani Israil. Pada mulanya mereka berjuang membebaskan diri
dari penindasan Fir'aun, sampai harus menyeberang laut merah. Kemudian Nabi Daud a.s. dan puteranya Nabi
Sulaiman a.s. kedua-duanya menjadi raja besar dari kerajaan Bani Israil. Kemudian, yang paling akhir adalah
Nabi Muhammad s.a.w. melancarkan dakwahnya dengan hujjah dan dengan kekuasaan. Pada penggalan
Madinah, baginda berkuasa selama sepuluh tahun. Selanjutnya kewajipan berdakwah diteruskan oleh para
sahabat dan tabi'in. Para sahabat semuanya adalah pendakwah ulung, demikian juga hal yang sama diteruskan
oleh khalifah berikutnya, seperti ‘Umar-bin Abd al Aziz.18 Kemudian kewajipan itu saat ini berada pada pundak
setiap kaum muslimin hingga akhir zaman.
Ketika menghuraikan hukum berdakwah, Hamka berasaskan kepada tiga firman Allah s.w.t:
(maksudnya)
Ertinya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih
mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui
akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
(al-Quran, al-Nahl [16] : 125)
Berdasarkan ayat di atas hukum berdakwah menurut Hamka adalah wajib. Kewajipan itu ditujukan
kepada semua kaum muslimin secara keseluruhan, sesuai dengan bidang dan kemampuan masing-masing.
Akan tetapi kewajipan tersebut menurut beliau terbahagi dua, iaitu fardu 'ain dan fardu kifayah.19 Fardu 'ain
adalah kewajipan berdakwah kepada keluarga sendiri. Ayat al-Quran yang dijadikan sebagai dalil oleh Hamka,
firman Allah s.w.t: (maksudnya)
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga
dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak
menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan
mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(al-Quran, al-Tahrim [66] : 6)
Sedangkan fardu kifayah adalah kewajipan berdakwah di saat kemungkaran bermaharajalela. Pada
saat itu, harus ada segolongan umat yang tampil untuk mencegahnya dan menjelaskan yang benar. Sehingga
jangan sampai kejahatan mengalahkan kebaikan. Apabila dalam keadaan kejahatan bermaharajalela, lalu
semua orang diam, tutup mulut, maka semua mereka berdosa.20
18 Lihat, Hamka, Prinsip dan Kebijaksanaan Dakwah Islam, m.s. 4.
19 Lihat, Ibid. m.s. 120.
20 Lihat, Ibid. m.s. 121

ada pada diri pendakwah menurut Hamka adalah keyakinan atas kebenaran Islam yang didakwahkannya.24
Selanjutnya faham akan sejarah dakwah dan profesional. Adapun syarat berikutnya beliau bersepakat dengan
Muhammad Abduh, bahawa pendakwah harus memiliki 11 syarat:
1. Mempunyai pengetahuan yang sempurna tentang sumber asas ajaran Islam iaitu al-Quran dan hadis.
Selain itu pengetahuan tentang sejarah Nabi dan Sahabat serta kehidupan ulama salaf.
2. Memahami keadaan umat atau masyarakat yang didakwahkan. Pemahaman tersebut adalah penting
sebagai dasar yang dipegang bagi pendakwah untuk membuat perancangan dakwah. Dalam istilah lain
hal itu disebut peta dakwah.
3. Memahami sejarah, adat istiadat masyarakat secara umum. Sehingga tidak terjadi halangan dengan
kebiasaan dan adat istiadat dalam masyarakat.
4. Memahami tentang ilmu bumi atau geografi. Hal ini dimaksudkan agar pendakwah lebih mudah
berdakwah antara daerah dengan negara, kerana wilayah dakwah tidak ada batasnya.
5. Memahami ilmu jiwa, hal ini untuk memudahkan pendekatan kepada individu dan masyarakat.
6. Menguasai ilmu akhlak, dan pendakwah harus berakhlak mulia. Sebab kejayaan dakwah banyak
ditentukan oleh akhlak dan keperibadian pendakwah.
7. Menguasai sosiologi kerana kedudukan ilmu tersebut sangat membantu pendakwah dalam memahami
struktur dan pola interaksi suatu masyarakat.
8. Memahami ilmu politik kerana pendekatan dakwah harus disesuaikan dengan keadaan politik suatu
negara.25
9. Menguasai bahasa masyarakat sebagai sasaran dakwah. Hal ini untuk pertama sekali telah diajurkan
Nabi Muhammad s.w.t. kepada pendakwah yang diutuskan untuk berdakwah kepada suatu
masyarakat.
10. Memahami budaya masyarakat yang menjadi sasaran dakwah.
24 Lihat, Hamka. Prinsip dan Kebijaksanaan Dakwah Islam. m.s. 41.
25 Dalam konteks ini M.Amien Rais mengatakan bahawa politik merupakan bahagian dari dakwah bahkan politik merupakan alat dakwah.
Lebih tegas beliau katakan: "Kerana politik adalah alat dakwah, maka aturan permainan yang mesti ditaati juga harus seiring dengan
aturan permainan dakwah. Misalnya tidak boleh menggunakan paksaan, atau kekerasan, tidak boleh menyesatkan, tidak boleh
menyembunyikan kebenaran dan juga tidak diizinkan mengggunakan induksi-induksi psikotropik yang mengelabui masyarakat. Selain
itu, keterbukaan, kejujuran, rasa tanggung jawab, serta keberanian menyatakan benar sebagai benar dan yang batil sebagai batil,
harus menjadi ciri-ciri politik yang berfungsi sebagai sarana dakwah”. Lihat, M.Amien Rais (1991). Cakrawala Islam. Bandung: Mizan.
m.s. 28.

11. Memahami ilmu perbadingan agama dan perbandingan mazhab. Kedua-dua ilmu tersebut dapat
membantu pendakwah dalam menghadapi sasaran dakwah, sama ada kalangan dalaman mahupun
luaran.26
Hamka selain bersepakat dengan syarat di atas, beliau menambah syarat lainnya iaitu pendakwah harus
memiliki kepakaran dalam bidang dakwah dan selalu meningkatkan kualiti diri dalam menghadapi perubahanperubahan
dalam masyarakat. Dengan perkataan lain, pendakwah harus memiliki wawasan yang luas, sama
ada wawasan keislaman, wawasan keilmuan, wawasan kebangsaan, mahupun wawasan antarabangsa.
Hamka mengatakan bahawa tujuannya diutusnya Nabi Muhammad s.a.w. adalah menjadi rahmat bagi
seluruh isi alam, maka pendakwah sebagai penerus risalah Islam haruslah menanam nilai rahmat pada diri
sendiri terlebih dahulu. Dakwah akan berjaya jika pendakwah sejak mula telah menanamkan rasa rahmat dalam
jiwanya sendiri di dalam menghadapi orang banyak di mana-mana sahaja dan bila-bila sahaja.27
Kemudian, Hamka sangat menekankan mengenai akhlak para pendakwah. Sebab akhlak pendakwah
sangat menentukan kejayaan dakwah. Menurut beliau akhlak pendakwah merupakan unsur pemikat bagi umat.
Selain itu pendakwah harus memiliki sifat ikhlas, tawaduk, tinggi cita-cita, rendah hati, lembut dan pemaaf.28
Hamka sangat mementingkan juga kesabaran pendakwah kerana dalam aktiviti dakwah banyak percanggahan
dan cabaran dakwah. Aktiviti dakwah bukanlah untuk menunjukkan populariti peribadi pendakwah, melainkan
berdakwah kerana Allah s.w.t. semata-mata. Pada asasnya akhlak pendakwah harus terlihat dalam kehidupan
rumah tangga dan dalam pergaulan dengan tetangga dan masyarakat. Ini menurut Hamka yang dinamakan
dengan dakwah bi al-hal (perbuatan).
5. Topik Dakwah
Topik dakwah haruslah bersumber kepada al-Quran dan Hadith. Menurut Hamka dakwah harus dapat
mengembalikan umat Islam kepada al-Quran. Kemudian dalam pengembangannya mencakup semua tamaddun
Islam. Ajaran Islam secara komprehensif harus disosialisasikan kepada umat. Dalam kaitan ini Hamka melihat
perlu adanya sekala keutamaan dalam penyampaian dakwah. Keutamaan pertama adalah penanaman aqidah
yang benar kepada umat. Aqidah Islam itu telah tersimpul dalam Rukun Iman. Tentang perlunya prioriti mesej
dakwah, Hamka berkata:
Tetapi satu hal menyebabkan kita tetap optimis, iaitu kerana al Quran tidak berubah,
walau satu titik, sebab itu maka dakwah agar umat kembali kepada al Quran adalah
dakwah yang amat besar ertinya. Bukan untuk membangkitkan pertengkaran
khilafiyah, melainkan untuk menyedarkan kaum Muslimin bahawa mereka bukan
bergerak sendirian, melaikan satu gerak menyeluruh yang meliputi segala bidang,
26 Lihat, Hamka, Tafsir al-Azhar. Juz,4, m.s. 36-40.
27 Lihat, Hamka, Prinsip dan Kebijaksanaan Dakwah Islam, m.s. 45
28 Lihat, Ibid, m.s. 229.

ekonomi, sosial, ibadah dan muamalah, politik dan kebudayaan, yang satu coraknya,
iaitu corak tauhid: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah”.29
Selanjutnya topik dakwah dapat menjelaskan tentang matlamat diutusnya Nabi Muhammad s.a.w. dan
para rasul lainnya. Keseluruhan matlamat itu dapat difahami daripada al-Quran. Dalam kaitan ini, pendakwah
harus membawa sasaran dakwah untuk dekat dengan al-Quran. Selanjutnya al-Quran tidak hanya untuk dibaca
sahaja, melainkan berfungsi sebagai pengajaran, ilmu, tuntutan hidup, ideologi bernegara, yang lebih mudah
daripada kitab fiqh.30 Tidak hanya itu, topik dakwah harus mampu membawa sasaran dakwah untuk menghargai
Hadis. Kemudian diharapkan mereka dapat beramal sesuai dengan Hadis. Mesej dakwah juga harus dapat
membina peribadi Muslim yang memiliki identiti yang Islami.
6. Sasaran dakwah
Islam sebagai agama universal, maka aktiviti dakwah juga harus dilakukan secara universal. Dakwah
Islam tidak hanya ditujukan kepada kalangan dalaman umat Islam, akan tetapi juga kalangan luaran. Hal ini
sesuai dengan misi dan tugas Nabi Muhammad s.a.w. untuk keseluruhan umat manusia.31 Sehala dengan misi
tersebut menurut Hamka bahawa dakwah terhadap dalaman umat untuk mempertingkatkan kualiti iman, ilmu
dan amal. Selain itu menjayakan pembangunan tamadun umat, dalam aspek ekonomi, sosial, ibadah,
mua'malah, politik dan kebudayaan yang berasaskan pada nilai-nilai tauhid. Untuk dakwah dalaman, Hamka
menilai bahawa umat Islam memiliki banyak penyakit. Penyakit itu antara lain seperti:
1. Lemahnya iman dan lemah semangat pengorbanan untuk agama dan takut mati.
2. Mementingkan diri sendiri dan kurang peduli dengan hak-hak orang lain, seperti hak-hak tetangga.
3. Mabuk kekuasaan serta mencari pengaruh untuk berebut kekuasaan
4. Nafsu yang tidak terkawal.32
Selain melihat banyaknya kelemahan umat Islam, Hamka menasihatkan kepada pendakwah agar jangan
membangkitkan isu khilafiah di tengah-tengah umat Islam. Khilafiah memang sesuatu yang ada sejak semula,
akan tetapi jangan membawa kepada perpecahan umat. Kemudian di kalangan umat harus dibangun sikap
optimisme dalam mencapai kejayaan Islam. Optimisme tersebut dibangun atas keyakinan bahwa al-Quran
memiliki konsep yang sempurna.33 Dakwah terhadap luaran menurut Hamka mempunyai dua matlamat.
Pertama, untuk mengajak mereka kepada Islam. Kedua, dalam upaya menangkis serangan atau tuduhan
terhadap agama. Matlamat kedua-dua, saat ini lebih penting, sebab telah terjadi tuduhan-tuduhan yang
29 Lihat, Ibid, m.s. 29.
30 Lihat, Ibid, m.s. 236.
31 Al-Quran surah Saba' ayat 28 dengan tegas mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk seluruh umat manusia,
untuk memberikan berita gembira dan peringatan.
32 Lihat, Hamka, Prinsip dan Kebijaksanaan Dakwah Islam, m.s. 25 dan 29.
33 Lihat, Ibid. m.s. 28.

berlebihan, baik terhadap ajaran Islam, terhadap Nabi Muhammad s.a.w. mahupun kepada kaum muslimin.
Media-media Barat selalu menggambarkan hal yang negatif terhadap dunia Islam atau kaum Muslimin.
7. Kaedah Dakwah
Al-Quran dan Hadis telah memberi bekal kepada pendakwah yang berhubung kait dengan kaedah
dakwah. Kaedah dakwah merupakan salah satu soalan penting yang perlu pemahamam yang baik oleh
pendakwah, kerana kejayaan dakwah tidak dapat dilepaskan dari kaedah dakwah. Kaedah dakwah dapat digali
dari kedua-dua sumber pokok ajaran Islam iaitu al-Quran dan Hadis, serta dapat pula ditemukan dalam sejarah
Islam yang telah dipraktikkan oleh mujahid dakwah.
Dalam membahaskan kaedah dakwah, Hamka berasaskan kepada firman Allah s.w.t: (maksudnya)
Ertinya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih
mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui
akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
(Al-Quran, al-Nahl [16] : 125)
Ayat diatas mengandungi tiga kaedah dakwah iaitu kaedah bi al-hikmah, mau'idhah al-hasanah dan
jadilhum bi al-lati hiya ahsan. Hamka mengatakan bahawa kata hikmah lebih halus dan dalam maknanya
daripada filsafat. Apabila filsafat menjadi kajian dan hanya dapat difahami oleh orang yang bernalar tinggi, maka
hikmah dapat menarik orang, baik yang awam mahupun cendekiawan. Wujud dari hikmah dalam pandangan
Hamka dapat berbentuk ucapan, tindakan mahupun amalan. Bahkan memilih diam pada waktu yang tepat
adalah bahagian daripada hikmah.34 Selanjutnya hikmah atau bijaksana dalam dakwah menurut beliau timbul
dari budi pekerti yang halus dan sopan santun. Sebaliknya berdakwah secara kasar tidak akan berhasil.
Adapun maw'idhah al-hasanah diertikan sebagai pengajaran yang baik atau pesan-pesan yang baik,
yang disampaikan sebagai nasihat. Penerapannya sama ada dalam rumah tangga, iaitu antara orang tua
dengan anak dan dalam masyarakat, mahupun di lembaga-lembaga pendidikan formal.35 Selanjutnya kaedah
mujadalah, diertikan sebagai bantahan atau pomelik. Jika kaedah ini dilakukan, maka harus dengan cara yang
baik, iaitu dengan memahami pokok soalan dan mengenal lawan dialog atau kawan berpolemik. Jika
berhadapan dengan mereka yang masih kufur, harus dihadapi dengan sebaik-baiknya, dipimpin ke jalan fikiran
yang benar, sehingga dapat menerima dakwah.36 Hamka menekankan bahawa ketiga-tiga kaedah tersebut perlu
diterapkan pada setiap zaman, dan masih tetap relevan untuk zaman moden. Dakwah selalunya berhadapan
dengan masyarakat yang berbilang kaum.
34 Lihat, Hamka, Tafsir al-Azhar. Juz,14, m.s. 319.
35 Lihat, Ibid.
36 Lihat, Ibid.

8. Matlamat Dakwah
Menurut Hamka pengurusan dakwah haruslah dengan perancangan yang baik. Kemudian harus pula
dipastikan terlebih dahulu matlamat yang hendak dicapai, sama ada matlamat yang bersifat am mahupun
matlamat khas. Berdasarkan matlamat itu, maka diharapkan dakwah dapat berhasil dengan baik. Penetapan
matlamat dimaksudkan untuk memberikan arah, landasan dalam mengiring semua unsur dakwah, sehingga
secara bersama-sama iaitu pendakwah, sasaran dakwah, mesej, kaedah dan media dakwah diarahkan kepada
pencapaiaan matlamat dakwah yang telah ditentukan semula.
Sesungguhnya matlamat dakwah menurut Hamka sama dengan matlamat diturunkannya agama
Islam itu sendiri, iaitu sebagai rahmat bagi seluruh alam (rahmah li al-‘ālamīn). Fungsi kerahmatan dari ajaran
Islam harus disosialisasikan oleh pendakwah agar manusia dapat mengenal Khaliknya, mengikuti petunjuk-
Nya, sehingga dapat memperoleh kebahagiaan baik di dunia mahupun di akhirat. Kebahagiaan dunia akan
diperoleh manakala manusia dengan sungguh-sungguh dan penuh kesedaran mengamalkan ajaran Islam
secara kaffah,37 di samping mampu memanfaatkan semua potensi yang dimilikinya dan berusaha secara
dinamik dan kreatif untuk mengolah sumber daya alam yang telah disediakan oleh Allah s.w.t.
Menurut Hamka matlamat dakwah adalah membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya. Hal ini
sepertimana dimaksudkan dalam firman Allah s.w.t: (maksudnya)
Ertinya: Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan ia kepadamu (wahai
Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita
kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Kuasa
lagi Maha Terpuji. (Al-Quran, Ibrāhim [14] : 1)
Adapun matlamat dakwah secara lebih terperinci dapat dirumuskan mengikut tinjauan tertentu. Sekurangkurangnya
matlamat itu dapat ditinjau dari dua segi, iaitu dari segi sasaran dakwah dan dari segi mesej yang
disajikan.
9. Organisasi Dakwah
Sejarah dakwah telah memberikan banyak pelajaran kepada umat Islam, dalam pengurusan dakwah
untuk masa kini dan masa akan datang. Kejayaan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah secara individu
(fardiyah) telah diakui dalam sejarah Islam. Aktiviti dakwah telah mampu menembus batas suku (etnik), agama,
budaya, dan bahkan batas geografi. Hal itu disebabkan dalam diri mereka telah terpateri suatu kewajipan
agama. Meskipun tugas tersebut dilakukan sambil berdagang, seperti dalam sejarah masuknya Islam ke
Indonesia.
Dakwah fardiyah, selalu diperlukan dan masih bersesuaian untuk segala zaman atau masa. Namun
aktiviti dakwah yang disusun melalui organisasi dakwah yang bekerja secara profesional juga sangat
diperlukan. Dalam menafsirkan surah Ali Imran ayat 104, khususnya mengenai kata ﺔﻣا (ummah), Hamka
menekankan perlu suatu organisasi yang baik untuk kelancaran dakwah. Beliau menyebutkan beberapa
37 Lihat, M. Quraish Shihab, Tafsir al-Misbah, Jakarta: Lintera, Jz. 1. m.s. 449.

organisasi dakwah seperti Muhammadiyah, Al-Washliyah, Nahdhatul Ulama (NU) dan Dewan Dakwah Islam
Indonesia memiliki peranan yang besar dalam pengembangan dakwah di Indonesia. Organisasi dakwah
tersebut telah mampu menjangkau masyarakat-masyarakat terpencil di seluruh wilayah Indonesia. Sementara
Hamka sendiri merupakan pengasas dan pengerusi organisasi Muhammadiyah, melalui organisasi ini beliau
merancang dan melaksanakan aktiviti dakwah.
Tentang perlunya kehadiran organisasi dakwah menurut Hamka adalah sangat penting. Sebab banyak
aktiviti dakwah yang mesti dilakukan secara bersama-sama. Beliau memberi contoh aktiviti pensyahadatan
terhadap mereka yang akan masuk Islam atau saudara baru, haruslah ditangani oleh organisasi dakwah.
Pandangan itu, adalah sangat logik, sebab pertukaran agama membawa konsekuensi dalam pelbagai kehidupan
lainnya. Oleh itu, organisasi dakwah lebih memungkinkan pembinaan keagamaan secara intensif kepada
mereka dan juga membantu kehidupan ekonomi saudara baru.
Perjuangan Dakwah HAMKA
1. Koreksi terhadap adat Minangkabau
Daerah Minangkabau adalah daerah administrasi Republik Indonesia yang dinamakan Propinsi Sumatera
Barat.38 Demikian juga dengan suku bangsa Minangkabau adalah suku bangsa yang berasal dan bertempat
tinggal di daerah Sumatera Barat. Suku bangsa Minangkabau dipanggil dengan orang Minangkabau.39 Mereka
menggunakan bahasa Minangkabau iaitu sebuah bahasa yang berhubung kait dengan bahasa Melayu.40
Adat Minangkabau termasuk adat yang unik dibandingkan dengan adat suku-suku lain di Indonesia.
Keunikan tersebut bahawa garis keturunan diperhitungkan mengikut garis matrilineal iaitu hubungan
kekeluargaan atau keturunan menerusi garis keturunan sebelah perempuan atau ibu.41 Seorang anak dari hasil
perkawinan diakui sebagai keluarga ibunya dan bukan keluarga ayahnya. Berkaitan dengan sistem matrilineal
maka marga seorang anak mengikut pula marga ibunya. Adapun kedudukan seorang ayah atau suami dalam
keluarga Minangkabau termasuk keluarga lain dari keluarga isteri dan anaknya. Seorang suami menurut adat
Minangkabau harus tinggal di rumah isterinya. Bila terjadi perceraian maka suami pergi dari rumah isteri tanpa
membawa harta benda sementara anak tinggal bersama ibunya. Pihak yang berkuasa dalam sebuah keluarga
adalah saudara lelaki dari ibu yang dipanggil mamak. Istilah mamak bererti saudara lelaki ibu dan seorang anak
merupakan kemenakan dari seorang lelaki dari pihak ibunya.42 Tanggungjawab untuk memperhatikan
38 Propinsi ini berdiri pada 3 Julai 1958 mengikut Undang-Undang No. 61/1958 dengan Ibu Kota Padang. Jumlah penduduk menurut
banci tahun 1990 adalah 3.998.677 jiwa dengan rincian 98 peratus beragama Islam. Lihat, Iwan Gayo. (1994). Buku Pintar. ttt.tp. m. s.
43.
39 Suku Minangkabau terdapat beberapa marga iaitu Guci, Tamba, Piliang, Chaniago, Tanjung, Pisang dan Sikumbang. Lihat, Ibid.
40 Menurut penyelidikan para pakar bahawa bahasa Minangkabau boleh merupakan sebuah bahasa sendiri, tetapi boleh juga dianggap
sebagai sebuah dialek sahaja dari bahasa Melayu. Kata-kata dalam bahasa Melayu dapat dicarikan persamaannya dalam bahasa
Minangkabau dengan cara merubah bunyi-bunyi tertentu sahaja. Lihat, Koentjaraningrat (2004). Manusia dan Kebudayaan di
Indonesia. Cet. XXI. Jakarta: Djambatan. m.s. 249.
41 Dalam masyarakat Minangkabau perempuan sering disimbolkan sebagai Bundo Kanduang. Dalam kehidupan adat dan masyarakat
Minangkabau Bundo Kanduang boleh dikatakan sebagai tokoh sentral dan pusat kehidupan keluarga dalam sistem sosial. Lihat, Noni
Sukmawati (2006). Ratapan Perempuan Minangkabau Dalam Pertunjukan Bagurau. Padang: Andalas University Pess. m.s. 4.
42 Istilah mamak dalam makna terhad adalah saudara lelaki ibu. Sedangkan secara luas mengacu kepada saudara kandung dan
saudara sepupu dari pihak ibu. Lawan dari kata mamak adalah kemanakan, yang secara sempit bermakna anak-anak dari saudara

kepentingan sebuah keluarga terletak pada pundak seorang atau beberapa orang mamak.43 Hubungan mamak
dengan kemenakan lebih rapat dibandingkan hubungan seorang anak dengan ayahnya.
Garis keturunan di Minangkabau menganut sistem matrilineal, maka harta pusaka dimiliki dan diwariskan
oleh pihak perempuan. Menurut adat harta pusaka terbagi dua iaitu pusaka tinggi dan pusaka rendah.
Pusaka tinggi adalah pusaka yang diwariskan secara turun-temurun oleh anak perempuan dan tidak boleh dijual,
digadaikan dan pusaka ini hanya boleh dimanfaatkan dan diambil hasilnya untuk dimakan bersama khasnya
oleh anak perempuan. Sedangkan pusaka rendah adalah hasil usaha atau perniagaan antara suami dengan
isteri sejak mereka berkahwin. Bila selama perkahwinan mereka membeli sesuatu benda, maka harta tersebut
atas nama anak-anak perempuan mereka, bukan atas nama suami. Jika suami meninggal dunia, maka harta
pusaka rendah menjadi milik isteri dan anak sahaja iaitu anak perempuan. Isteri lebih berkuasa terhadap pusaka
rendah, sedangkan pihak keluarga suami – ayah dan bondanya - tidak memperoleh hak atas harta yang
ditinggalkan anak mereka.44
Beberapa adat Minangkabau yang menjadi sorotan Hamka iaitu:
1. Anak mengikut suku dan marga ibu bukan suku dan marga ayah sebagaimana ketentuan Islam.
2. Tanggung jawab terhadap anak dalam satu keluarga adalah pada mamak, bukan pada ayah atau suami.
3. Lelaki yang berkahwin dengan isteri yang berasal dari luar suku Minangkabau, tidak mendapat tempat
dalam adat dan dipandang lebih rendah kedudukannya.
4. Harta pusaka diwariskan oleh pihak perempuan sahaja, iaitu oleh isteri dan anak perempuan.
5. Bila terjadi perceraian, suami pergi dari rumah isteri dan tidak boleh membawa harta bendanya sedikit pun,
melainkan hanya pakaian yang dipakai.
Hamka sebagai orang ulama yang berasal dari Minangkabau dan pernah hidup di tanah Minang merasa
perlu untuk memberi perhatian terhadap adat Minangkabau. Adat Minangkabau sepertimana disebutkan di atas
adalah sebahagiannya tidak bersesuaian dengan ajaran Islam. Tidak hanya Hamka tokoh Minangkabau lainnya
sebelum beliau sudah lama mengkritiknya separti Syeikh Ahmad Khatib45 dan Syeikh Thaher. Berbeza dengan
tokoh lainnya, Hamka sebagai seorang pengarang dan pujangga adalah mengkritik dan mengoreksi adat
Minangkabau dengan dakwah bi al-lisan dan bi al-kitabah. Dakwah bi al-kitabah dilakukan beliau melalui buku.
Sebahagian buku yang dimaksud adalah dalam bentuk roman dan sebuah buku yang bertajuk khusus “Islam
dan Adat Minangkabau”. Paling tidak ada tiga buah buku Hamka yang sangat keras mengkritik adat
Minangkabau. Buku-Buku tersebut dan isi kandungannya sepertimana huraian di berikut ini:
perempuan kandung. Sedangkan secara luas bererti anak-anak saudara perempuan dari seorang lelaki. Lihat, Lindawati (2006). Alam
Dalam Persepsi Masyarakat Minangkabau. Padang: Andalas University Press. m.s.87.
43 Lihat, Koentjaraningrat, Manusia dan Kebudayaan di Indonesia, Jakarta: Djambatan, m.s.256.
44 Temu bual dengan Tuan Tarmizi pada tarikh 5 Jun 2008 di Medan Sumatera Utara.
45 Lahir pada tahun 1860 (1276 H) di Kota Gadang, Bukittinggi Sumatera Barat. Sejak usia sebelas tahun beliau telah dibawa ayahnya
belajar ke Makkah. Menikah dengan Khadijah iaitu anak seorang pedagang Kurdi. Disebabkan keluasaan ilmunya kemudian ia dilantik
menjadi salah seorang imam di Masjid Haram Makkah. Selain menjadi imam beliau juga mengajar di Masjid Haram. Meskipun telah
menjadi penduduk Makkah, namun beliau pada masa masih lagi muda belia pernah pulang ke kampungnya. Lihat, Harun Nasution,
Ensiklopedi Islam, m.s. 87-90.


(a). Islam dan Adat Minangkabau46
Buku ini merupakan huraian Hamka mengenai seluk-beluk adat Minangkabau sama ada yang
bersesuaian atau yang tidak berseuaian dengan Islam. Hamka mengajak pembaca khasnya masyarkat
Minangkabau untuk memikirkan kearah perubahan adat, menerusi pepatah “Adat bersendi Syarak dan dan
Syarak Bersendi Kitabullah”.47 Kritik-kritik Hamka ternyata menggelisahkan dan mendapat perlawanan dari pihak
ninik mamak. Tentang perlawanan dari ninik-mamak, Hamka berkata: “Ketika buku ini48 tersiar nescaya pihak
ninik-mamak yang berfaham kolot dengan serta merta menyatakan kemarahannya, malahan ada pula
bermaksud hendak menculik penulis kerana dipandang hendak meruntuhkan adat”.49 Namun kemudian, buku
“Islam dan Adat Minangkabau” telah mendorong dilakukannya Kongres Adat Minangkabau di Bukit Tinggi pada
bulan Mei 1952. Salah satu keputusan kongres adalah bahawa harta pusaka dibagi dua, iaitu harta pusaka dan
harta pencaharian. Harta pencaharian wajib dibagai menurut hukum faraidh, separti mana ditentukan oleh Islam.
(b). Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck50
Buku ini merupakan roman, iaitu kisah percintaan antara Zainuddin dan Hayati. Ayah Zainuddin orang
Minangkabau, sementara ibunya berasal dari Makassar. Kedua-dua ayah bundanya telah meninggal pada masa
Zainuddin masih lagi kecil. Ketika Zainuddin telah menjadi muda belia, ia datang ke Padang untuk mencari
saudara dari pihak ayahnya dan sekaligus bermaksud untuk bersekolah, namun saudara ayahnya tidak
menghiraukan Zainuddin kerana menurut adat tidak ada tanggung jawab dari pihak keluarga ayah. Ertinya yang
berkewajiban mengurus Zainuddin menurut adat adalah saudara ibunya yang berada di Makassar. Sementara
Zainuddin dalam adat Minangkabau disebut sebagai anak pisang, orang jauh, orang asing, orang pendatang dan
orang Makasar dan bukan orang Minangkabau. Sedangkan Hayati kedua orang tuanya adalah suku
Minangkabau, berasal dari keluarga yang terpandang. Hubungan Zainuddin dengan Hayati mendapat celaan
masyarakat, kerana dipandang tidak sekufu menurut adat. Meskipun mereka saling mencintai, akhirnya
pinangan Zainuddin atas Hayati ditolak oleh pihak keluarga Hayati. Hayati kemudian dikahwinkan dengan Abdul
Aziz iaitu seorang anak saudagar kaya. Namun kehidupan rumah tangga mereka tidaklah harmonis, sehingga
mereka bercerai.
Dalam roman “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” Hamka hendak memberi tahu khasnya kepada
muda belia bahawa adat Minangkabau membatasi kehidupan bekeluarga hanya dari kalangan suku sendiri.
Padahal Islam memandang manusia adalah sama derajatnya dan boleh berkahwin dengan berbagai-bagai suku
46 Buku ini mula diterbitkan tahun 1946, kemudian diterbitkan semula oleh pelbagai penerbit dan pada tahun 2006 Pustaka Dini Shah
Alam Selangor Darul Ehsan. Buku ini terdiri dari enam bahagian iaitu: Adat Minangkabau Menghadapi Revolusi, Adat Minangkabau
dan Harta Pusaka, Hubungan Timbal Balik Adat dan Syarak Dalam Kebudayaan Minangkabau, Adat Nan Kawi, Syarak yang Lazim,
Syeikh Ahmad Khatib dan Syeikh Thaher Jalaluddin serta uhammadiyah di Minangkabau.
47 Ungkapan “Adat Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Kitabullah” secara harfiah dapat diertikan bahawa adat Minangkabau berdasarkan
agama Islam dan Kitabullah (al-Quran).
48 Buku tersebut adalah Islam dan adat Minangkabu, yang diterbitkan pertama sekali pada tahun 1946.
49 Lihat, Hamka (2006). Islam dan adat Minangkabau. Shah Alam: Pustaka Dini. m.s. 5.
50 Buku ini bermula dari karangan bersiri yang ditulis pada Majalah Pedoman Masyarakat antara tahun 1936-1942 yang terbit di Medan.

b). Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck50
Buku ini merupakan roman, iaitu kisah percintaan antara Zainuddin dan Hayati. Ayah Zainuddin orang
Minangkabau, sementara ibunya berasal dari Makassar. Kedua-dua ayah bundanya telah meninggal pada masa
Zainuddin masih lagi kecil. Ketika Zainuddin telah menjadi muda belia, ia datang ke Padang untuk mencari
saudara dari pihak ayahnya dan sekaligus bermaksud untuk bersekolah, namun saudara ayahnya tidak
menghiraukan Zainuddin kerana menurut adat tidak ada tanggung jawab dari pihak keluarga ayah. Ertinya yang
berkewajiban mengurus Zainuddin menurut adat adalah saudara ibunya yang berada di Makassar. Sementara
Zainuddin dalam adat Minangkabau disebut sebagai anak pisang, orang jauh, orang asing, orang pendatang dan
orang Makasar dan bukan orang Minangkabau. Sedangkan Hayati kedua orang tuanya adalah suku
Minangkabau, berasal dari keluarga yang terpandang. Hubungan Zainuddin dengan Hayati mendapat celaan
masyarakat, kerana dipandang tidak sekufu menurut adat. Meskipun mereka saling mencintai, akhirnya
pinangan Zainuddin atas Hayati ditolak oleh pihak keluarga Hayati. Hayati kemudian dikahwinkan dengan Abdul
Aziz iaitu seorang anak saudagar kaya. Namun kehidupan rumah tangga mereka tidaklah harmonis, sehingga
mereka bercerai.
Dalam roman “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” Hamka hendak memberi tahu khasnya kepada
muda belia bahawa adat Minangkabau membatasi kehidupan bekeluarga hanya dari kalangan suku sendiri.
Padahal Islam memandang manusia adalah sama derajatnya dan boleh berkahwin dengan berbagai-bagai suku
46 Buku ini mula diterbitkan tahun 1946, kemudian diterbitkan semula oleh pelbagai penerbit dan pada tahun 2006 Pustaka Dini Shah
Alam Selangor Darul Ehsan. Buku ini terdiri dari enam bahagian iaitu: Adat Minangkabau Menghadapi Revolusi, Adat Minangkabau
dan Harta Pusaka, Hubungan Timbal Balik Adat dan Syarak Dalam Kebudayaan Minangkabau, Adat Nan Kawi, Syarak yang Lazim,
Syeikh Ahmad Khatib dan Syeikh Thaher Jalaluddin serta uhammadiyah di Minangkabau.
47 Ungkapan “Adat Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Kitabullah” secara harfiah dapat diertikan bahawa adat Minangkabau berdasarkan
agama Islam dan Kitabullah (al-Quran).
48 Buku tersebut adalah Islam dan adat Minangkabu, yang diterbitkan pertama sekali pada tahun 1946.
49 Lihat, Hamka (2006). Islam dan adat Minangkabau. Shah Alam: Pustaka Dini. m.s. 5.
50 Buku ini bermula dari karangan bersiri yang ditulis pada Majalah Pedoman Masyarakat antara tahun 1936-1942 yang terbit di Medan.

bangsa, asalkan beragama Islam. Islam tidak melihat keutamaan manusia pada suku dan bangsa melain pada
iman, ilmu dan taqwa kepada Allah s.w.t.51
(c). Buku “Merantau ke Deli”
Buku ini bertutur tentang seorang lelaki Minangkabau iaitu Leman yang merantau ke Deli. Pesan penting
dari buku tersebut adalah kritikan Hamka terhadap adat Minangkabau bahawa berkahwin dengan suku lain
belum mendapat pengakuan berdasarkan adat. Hamka mengangkat tokoh Leman sebagai seorang lelaki
Minang yang merantau ke Medan atau ke tanah Deli. Ia menikah dengan seorang perempuan suku Jawa iaitu
Poniem. Meskipun mereka telah hidup bahagia sebagai saudagar di Kota Medan, namun Leman selalu
diperingatkan oleh keluarganya agar mahu menikah lagi dengan seorang gadis dari kampungnya sendiri. Kerana
menurut adat, belumlah ia dipandang beristeri kalau bukan dari persukuan sendiri iaitu dari Minangkabau.
Disebabkan desakan dari pihak keluarga dan orang-orang kampungnya, akhirnya Leman menikah lagi
dengan Mariatun, gadis desanya. Namun sejak berpoligami, perniagaannya tidak berjalan dengan baik. Pada
mulanya kedua isterinya tinggal pada rumah yang berbeza, namun kemudian dikumpulkan menjadi satu rumah.
Namun sejak masa itulah terjadilah percecokan dan pergaduhan antara Leman dengan Poniem dan antara
Poniem dengan Mariatun. Disebabkan kehidupan rumah tangga yang tidak lagi selesa, akhirnya Leman
menceraikan isteri pertama, iaitu Poniem. Meskipun Leman hanya tinggal bersama isteri muda, namun
perniagaannya tidak separti semula jadi dan akhirnya ia bangkut dan menjadi orang yang miskin.
Hamka dalam dalam buku “Merantau ke Deli” menceritakan bahawa pengaruh adat telah merosak
kebahagian rumah tangga Leman dengan Poniem, yang semula jadi sebagai suami isteri yang hidup bahagia.
Pesan penting Hamka dalam konteks adat Minangkabau adalah bahawa adat memandang rendah wanita yang
dinikahi oleh laki-laki Minangkabau yang berasal dari suku lain. Wanita suku lain –sebagai isteri- tidak mendapat
tempat dalam adat minangkabau yang matrilineal.
(d). Perubahan Adat Minangkabau
Hal yang terlihat adanya perubahan dalam adat Minangkabau antara lain adalah hubungan antara mamak
dengan kemenakan. Menurut adat hubungan antara mamak dan kemenakan adalah hubungan yang saling
mengikat. Mamak menurut adat berkewajiban untuk mendidik kemenakan menjadi manusia yang berjaya dan
kemenakan dituntut untuk mematuhi segala nasihat dan arahan dari mamak. Namun kini hubungan dan
keterikatan antara mamak dengan kemenakan mulai melonggar, sedangkan hubungan antara ayah dengan
anak semakin menguat. Selain itu, terjadi pula perubahan pola kehidupan keluarga, iaitu perubahan dari
keluarga luas menjadi keluarga inti atau keluarga batih.
51 Lihat, al-Qur’an surah al-Mujadilah ayat 11.

2. Penggunaan Media Massa
Penggunaan media massa sebagai media dakwah adalah suatu keniscayaan. Dakwah sememangnya
harus ada di mana-mana iaitu dalam pelbagai media atau multi media. Hamka masih lagi muda belia telah
memilih media massa untuk keperluan memyampaikan pesan-pesan agama. Sepanjang perjuangannya Hamka
untuk menyebarkan dakwah Islam melalui buku, majalah, televisyen dan radio serta pita rekaman.
(1). Melalui Majalah
Majalah sebagai media dakwah telah menjadi pilihan lebih awal dalam aktiviti dakwah Hamka. Beliau
tidak hanya menjadi penulis atau pengarang dalam majalah melainkan ikut menerbitkan majalah dan menjadi
pentadbir beberapa majalah. Perjuangan dakwah Hamka melalui majalah dapatlah dihuraikan separti berikut ini:
(a). Majalah Pedoman Masyarakat
Majalah Pedoman Masyarakat di bawah pentadbiran Hamka memiliki misi dakwah. Pertama, aktif
menggelorakan kesedaran perlunya kebangkitan dan kejayaan Islam peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Misi ini disokong oleh tokoh-tokoh pergerakan Islam separti Haji Agus Salim, K. H. Mas Mansyur dan Abi Kusno
dan Cokrosuyoso. Kedua, aktif memperjuangkan politik umat Islam melalui Majlis Islam A’la Indonesia (M.I.A.I).
Organisasi tersebut kemudian menjadi Majelis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi). Ketiga, memberi
sokongan untuk menjayakan Islam dalam bidang tamaddun, seni dan ilmu pengetahuan yang berteraskan Islam.
Dalam upaya mewujudkan misi tersebut, maka Hamka membuka beberapa rubrik. Pertama, rubrik “Tuntunan
Jiwa”. Kedua, rubrik “Penuntun Budi”. Ketiga, Rubrik “Sahajak”. Keempat. rubrik “Cermin Hidup”. Kelima,. rubrik
“Halaman Tarikh”. Keenam, rubrik “Petikan Sejarah”. Ketujuh, rubrik “Tasauf Moden”. Dalam rubrik “Tasauf
Moden” Hamka menulis secara bersiri tentang tasauf dan kemudian beliau susun menjadi sebuah buku iaitu
Tasauf Moden.
(b). Majalah Panji Masyarakat
Panji Masyarakat atau yang lebih popular dengan nama Panjimas, majalah ini terbit di Jakarta pada 15
June 1959 yang diprakarsai oleh K.H. Mohammad Fakih Usman sebagai Pimpinan Umum, Hamka dan Yusuf
Abdullah Puar sebagai Pemimpin redaksi dan M. Yoesoef Ahmad sebagai Pemimpin Usaha. Misi majalah ini
adalah untuk “Penyebaran Tamadun dan Ilmu selaras dengan perjuangan reformasi dan modernisasi Islam”.52
Pada awal terbit majalah Panji Masyarakat memperkenalkan tokoh-tokoh Islam antarabangsa dan pikiran-pikiran
mereka, separti Muhammad Abduh, Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Iqbal. Selain itu juga menampil tulisan
tokoh dan ulama peringkat kebangsaan separti K.H. Hasyim Asyari, iaitu pendiri Nahdhatul Ulama (NU), Dr.
Mukti Ali, Dr. Paryana Suryadipura, Dr. Ahmad Ramli, Prof. Dr. Bahder Djohan, Dr. Mohammad Hatta, K. H.
Abdullah bin Nuh, Bahrum Rangkuti dan Muhammad Roem.53 Hamka menghendaki agar tokoh-tokoh Islam
peringkat kebangsaaan dan antarabangsa bersatu dalam upaya menjayakan Islam. Meskipun di Indonesia
terdapat organisasi yang beraliran “Kaum Muda” separti Muhammadiyah dan Persis serta yang beraliran “Kaum
Tua” separti Nadhatul Ulama (NU). Pimpinan Umum dan Pimpinan Redaksi mencoba merangkul dan berkongsi
52 Lihat, Rusydi Hamka, Islam dan Era Informasi, Jakarta: Pustaka Panjimas, m.s. 264.
53 Lihat, Ibid. m.s. 266.

dengan semua tokoh dan organisasi keagamaan di Indonesia dalam tulisan yang bertajuk “Kenal-Mengenal dan
“Kita Hanya Satu”. 54
3. Melalui Majelis Ulama Indonesia (MUI)
Majlis Ulama Indonesia (MUI) merupakan organisasi keulamaan di Indonesia yang bersifat independen.
Organisasi ini tidak berafiliasi kepada salah satu aliran politik, mazhab atau aliran keagamaan Islam yang ada di
Indonesia. MUI ditubuhkan pada tarikh 26 Julai 1975 bersamaan dengan 17 Rajab 1395 H dalam Musyawarat
Nasional Ulama di Jakarta. Tujuan ditubuhkan MUI adalah untuk ikut berperan aktif dalam mewujudkan
masyarakat yang aman, damai, adil dan makmur yang diridhai oleh Allah s.a.w. Adapun fungsi MUI adalah
memberikan fatwa dan nasihat keagamaan dalam masalah sosial kemasyarakatan kepada pemerintah dan umat
Islam Indonesia pada amnya. Selain itu juga berfungsi untuk memperkuat ukhwah Islamiyah dan melaksanakan
kerukunan antar umat beragama dalam mewujudkan persatuan dan kesatuan Indonesia. Fungsi lainnya adalah
sebagai penghubung antara ulama dan umara, antara pemerintah dan umat Islam Indonesia untuk
mensukseskan pembangunan.
Dalam pengabdiannya Majlis Ulama Indonesia telah dirumuskan lima fungsi iaitu:
1. Sebagai pewaris tugas-tugas para Nabi (Warasat al-anbiya’)
2. Sebagai pemberi fatwa (mufti)
3. Sebagai pembimbing dan pelayan umat (Ri’ayat wa khadim al ummah)
4. Sebagai gerakan Islat wa al-Tajdid
5. Sebagai penegak amar ma'ruf nahi munkar
MUI memiliki ibu pejabat di Jakarta dan memiliki cawangan pada peringkat provinsi dan
kabupaten/bandar di seluruh Indonesia. Hamka merupakan salah seorang pengasas dan sekaligus ketua
pengurusi awal MUI, iaitu sejak 26 Julai 1976-1981.55 Pada masa kepemimpinannya telah dikeluarkan fatwa
tentang Krismas bersama. Fatwa ini dikeluarkan berhubung kait dengan fenomena umat Islam ikut merayakan
Krisman dengan pengikut Kristian. Oleh itu, Hamka pada masa itu merasa perlu mengeluarkan fatwa sebagai
berikut:
1. Perayaan Krismas di Indonesia meskipun tujuannya merayakan dan menghormati Nabi Isa a.s., akan tetapi
hal itu tidak dapat dipisahkan dari ibadah bagi agama Kristian.
2. Umat Islam terbabit dalam acara Krismas bersama hukumnya adalah haram.
54 Lihat, Ibid, .
55 Majelis Ulama Indonesia telah mengadakan beberapa kali kongres atau musyawaran nasional, dan telah pula beberapa kali pergantian
Ketua Umum, dimulai dengan Prof. Dr. Hamka, KH. Syukri Ghozali, KH. Hasan Basri, Prof. KH. Ali Yafie dan kini K.H. M. Sahal
Mahfudh. Ketua Umum MUI yang pertama, kedua dan ketiga telah meninggal dunia, sedangkan dua yang terakhir masih terus
berkhidmah untuk memimpin majlis para ulama ini.

3. Agar umat Islam tidak terjerumus kepada syubhat dan larangan Allah s.w.t. dinasihatkan untuk tidak mengikuti
kegiatan-kegiatan Krismas.56
Meskipun fatwa tersebut bertujuan untuk melindungi umat Islam dari mencampuradukkan aktiviti
keagamaan, namun mendapat tindak balas dari berbagai pihak, terutama dari pihak kerajaan. Pihak
pemerintah tidak memberi sokongan atas lahirnya fatwa tersebut, kerana menurut pihak pemerintah dapat
mengganggu hubungan antara Islam dengan Kristian. Oleh itu, pihak kerajaan mengutus delegasi untuk
membujuk Hamka agar fatwa tersebut dibatalkan. Dalam menghadapi cabaran ini, Hamka berada pada posisi
yang delematis.
Terhadap kes di atas, Hamka tidak tunduk kepada keinginan pemerintah. Beliau bersikukuh bahawa
fatwa tersebut sudah benar. Beliau berkata “Kebenaran harus tegak, walaupun langit runtuh”. Oleh itu,
disebabkan tidak bersesuaian dengan keinginan pemerintah, Hamka akhirnya meletakkan jawatan sebagai
Ketua Umum MUI pada tahun 1981. Sikap Hamka tersebut terdapat banyak komentar dan analisis. Sebahagian
menilai bahawa Hamka ulama yang memiliki prinsip beragama yang kokoh, tidak mudah dipengaruhi oleh
mana-mana pihak, walau pihak kerajaan sekalipun. Manakala setengah orang menilai, sikap Hamka dalam
hubungan dengan perbezaan agama adalah bersifat kaku. Syafi’i Ma’arif misalnya memberi berkomentar
bahawa Hamka mengabaikan tentang kemajemukan dan tidak tasamuh berhubung kait dengan fatwa MUI yang
melarang umat Islam ikut merayakan Krismas bersama.57
Kesan Terhadap Islam Di Kawasan Serantau
Hamka tidak hanya dikenal sebagai ulama atau tokoh pada peringkat kebangsaan di Indonesia, tetapi
dikenal pula sebagai tokoh antarabangsa, terutama di kawasan serantau. Sebagai bukti ketokohannya, ia
pernah menerima gelar Doktor Kehormatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 1974, karena
pemikiran dan jasa-jasanya dalam bidang ilmu pengetahuan.58 Di dalam ucapan sempena majlis konvokesyen
tersebut Canselor UKM pada waktu itu Y.A.B. Tun Abdul Razak menyebut: “Hamka bukan milik rakyat Indonesia
sahaja, tetapi beliau adalah juga tokoh kebanggaan bangsa-bangsa di Asia Tenggara.”
Hamka dalam kedudukannya sebagai tokoh Muslim, telah disejajarkan pula dengan tokoh-tokoh besar
dunia. Nurcholish Madjid (1939-2006), menempatkan Hamka dalam bidang intelektual dan pemikiran sejajar
dengan tokoh-tokoh kebangsaan lainnya seperti Hamzah Fansuri, Nurruddin ar-Raniri (w. 1658 M), Syeikh
Nawawi Bantani (1230 H/1815 M). Selanjutnya, Nurcholish Madjid mengatakan bahawa Hamka adalah pemikir
Islam modernis yang paling berjaya di Indonesia. Sementara Syafi’i Ma’arif menyebutkan bahawa Hamka
sebagai kelompok modenis dan neo-modenis, yang sejajar dengan pemikir dan tokoh antarabangsa seperti:
56 Departemen Agama RI (2003). Himpunan Fatwa Majlis Ulama Indonesia. Jakarta: Bagian Proyek Sarana dan Prasarana produk Halal
Direktorat Jenderal Bimbingan Masyarakat Islam dan Penyelenggaraan Haji. m.s. 235-242.
57 Buya Hamka Novelis-Ulama Yang Melegenda, Dalam Majalah Gatra No.21. Tahun XIV, 3-9 April 2008.
58 Lihat, Harun Nasution, et-al. (1992). Ensiklopedi Islam Indonesia. Jakarta : Jambatan. m.s. 294.


Jamaluddin al-Afghani (1838-1896 M), Muhammad ‘Abduh (1849-1905 M), Ahmad Khan (1817-1898 M),
Muhammad Iqbal (1877-1938 M), Agus Salim, M. Natsir (1908-1993 M), Fazl ar-Rahmān (1929-1982 M) dan Ali
Syari‘ti (1933-1977 M).59 Kualiti pemikiran Hamka disejajarkan oleh Syafi’i Ma’arif dengan tokoh-tokoh
antarabangsa. Untuk mengetahui berapa besar kesan pemikiran dan perjuangan dakwah Hamka terhadap
kawasan Serantau. Untuk menjawab hal itu diperlukan penyelidikan khas.
Pemikiran Hamka justeru dapat dikesankan hingga setakat ini di Malaysia. Hal itu, terbukti dengan ramai
penyelidikan terhadap atas karya beliau dari tinjauan berbagai aspeknya. Pada peringkat Doktor Falsafah
misalnya penyeidikan Mustafa H. Daud dengan tajuk: Sastera Dakwah Suatu Analisis Kritis Terhadap Karya
Kreatif Hamka. Kajian lainnya oleh Yusril Yazid bertajuk: “Dakwah dan Paham Adat Matrilinial di Minangkabau
Perspektif Hamka: Kajian Terhadap Roman-roman Karya Hamka”.Kedua-dua penyelidikan tersebut adalah di
Universiti Sains Malaysia. Sementara Prof. Dr. Fadhlullah b. Jamil mengatakan bahawa sangat besar
sumbangan pemikiran Hamka terhadap dakwah dan kemajuan Islam di Malaysia.60 Pemikiran Hamka dapat
dikenali dari buku-buku Hamka telah diterbitkan oleh penerbitan di tiga negara iaitu: Indonesia, Malaysia dan
Singapura. Di Indonesia terdapat beberapa penerbit seperti: Wijaya, Tintamas, Pustaka Antara, Gapura, Bulan
Bintang dan penerbit Panji Masyarakat. Di Malaysia antara lain diterbitkan oleh Pustaka Dini Shah Alam.
Manakala di Singapura oleh penerbit Pustaka Nasional.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah berupaya pula memperkenalkan pemikiran Hamka dalam
program Jejak Ulama dalam bentuk seminar. Adapun tujuan utama Jejak Ulama ini untuk mengahayati
perjuangan ulama sezaman untuk dijadikan sumber inspirasi kepada generasi Muda menghadapi tentangan
zamannya. Menurut Ahmad Azam Abdul Rahman bahawa Hamka bukanlah orang luar bagi umat Islam
Malaysia. Beliau dianggap sebagai salah seorang ulama Malaysia. Hal ini kerana perjuangannya mencakupi isuisu
Melayu-Islam. Bahkan ada sekolah menengah di Malaysia menggunakan beberapa buku novel Hamka
sebagai buku teks bacaan wajib. 61
Oleh yang demikian, Hamka juga memposisi dirinya sebagai ulama kawasan serantau. Hal itu dapat
difahamkan dari syair beliau:
Bangun kekasihku umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan nasib jadi kenangan
Semangat yang lemah buanglah jauh
Jiwa yang kecil segera besarkan
Yakin percaya iman pun teguh
Zaman hadapan penuh harapan
59 Syafi‘i Ma‘arif (1995). Peta Bumi Intelektual Muslim di Indonesia. Bandung: Mizan. m.s. 12.
60 Fadhlullah b. Jamil, “Tajdid dan Islam Mengikut Pemikiran Hamka, Kertas Kerja pada Seminar Pemikiran hamka Ke-2, tarikh 28 Juali
2001 di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia.
61 Lihat, Ahmad Azam Abdul Rahman, Hamka: Ulama Tersohor Di Alam Melayu, Kertas Kerja yang Dibentangkan dalam Seminar
Pemikiran Hamka Pada 28 April 2001 di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Hamka merupakan pribadi unik, hanya dengan pendidikan sekolah rendah dan Diniyah di kampung kelahirannya
di Sumatera Barat telah menjadi seorang tokoh antarabangsa. Ketokohannya dikenali dari pemikiran dan
perjuangannya yang selaku istiqamah dan satu kata dengan perbuatan. Dengan bermodalkan mesin ketik
(bukan laptop), beliau telah melahirkan karya tulis sebanyak 118 buah dan saat ini telah dicetak berulang-ulang
oleh penerbit di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Hampir semua karya tulis mengandungi konsep dan
pemikiran dakwah, iaitu sebuah keupayaan yang sungguh-sungguh untuk mengubah umat supaya berada pada
jalan Allah s.w.t.
Bibliografi
‘Abd al-Aziz, Jumu‘at Amin (1997). Fiqih Dakwah. Solo: Intermedia.
Abdul Munir Mulkhan, Ideiologi Gerakan Dakwah, Yogyakarta: Sipress
Departemen Agama RI (2003). Himpunan Fatwa Majlis Ulama Indonesia. Jakarta: Bagian Proyek Sarana dan Prasarana produk Halal
Direktorat Jenderal Bimbingan Masyarakat Islam dan Penyelenggaraan Haji
HAMKA (1984). Prinsip dan Kebijaksanaan Dakwah Islam. Jakarta: Pustaka Panjimas.
HAMKA (1986). Sejarah Umat Islam. Jil. Pertama, Cet. VII. Jakarta: Bulan Bintang.
HAMKA (2002) Di Bawah Lindungan Kaabah. Cet. Kedua. Shah Alam: Pustaka Dini.
HAMKA (2002). Hal Asasi Manusia Dalam Islam dan Deklarasi PBB. Shah Alam: Pustaka Dini.
HAMKA (2004). Merantau Ke Deli. Cet. Kedua. Shah Alam: Pustaka Dini.
HAMKA, (2004). Pelajaran Agama Islam., Shah Alam: Pustaka Dini
HAMKA. (2005). Tafsir al-Azhar. Singapura: Pustaka Nasional.
HAMKA (2006). Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Cet. Ketiga. Jakarta: Bulan Bintang.
HAMKA (2006). Islam dan Adat Minangkabau. Cet. Pertama. Shah Alam: Pustaka Dini.
Harun Nasution (1992). Ensiklopedi Islam Indonesia. Jakarta: Jembatan.
Harun Nasution (1995). Islam Rasional. Bandung: Mizan
Koenntjaraningrat (2004). Manusia dan Kebudayaan di Indonesia. Cet. Keduapuluh satu. Jakarta: Djambatan.
Lindawati (2006). Alam Dalam Persepsi Masyarakat Minangkabau. Padang: Andalas University Press
M. Amien Rais (1991). Cakrawala Islam. Bandung: Mizan
M. Quraish Shihab, Tafsir al-Misbah, Jakarta: Lintera
Nasir Tamara (1984). HAMKA di Mata Hati Umat. Cet. Kedua. Jakarta: Sinar Harapan.
Nurcholish Madjid (1998). Dialog Keterbukaan. Jakarta: Paramadina
Noni Sukmawati (2006). Ratapan Perempuan Minangkabau Dalam Pertunjukan Bagurau. Padang: Andalas University Pess
Rusjdi HAMKA (1989). Islam dan Era Informasi. Jakarta: Pustaka Panjimas.
Rusjdi HAMKA (2002). Hamka Pujangga Islam. Cet. Pertama. Shah Alam: Pustaka Dini.
Solichin Salam et-al (1983). Kenang-Kenangan 70 Tahun Buya HAMKA. Cet. Kedua. Jakarta: Pustaka Panjimas.
Syafi‘i Ma‘arif (1995). Peta Bumi Intelektual Muslim di Indonesia. Bandung: Mizan
Yusuf al-Qaradawi (1983). Kritik dan Saran Untuk Para Da'i. Jakarta: Media Dakwah.






Tidak ada komentar: